Tuesday, March 24, 2009
Makanan Tradisional Bangsa Melayu
Makanan Tradisional Bangsa Melayu dan bukan Cina, atau India atau orang putih? (ini soalan)
Kami pilih gambar ini kerana ia makanan tradisional yang ramai orang melayu dan lain bangsa suka makan. Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.
Nazri dan Zhafran (yang kacak)
2/8 ! (yang menang class cheer)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment