Monday, March 23, 2009

Kesenian dan Kebudayaan Tradisional Melayu

Selamat Pagi Murid-murid!

Pada hari ini,Cikgu ingin berbincang tentang Kesenian dan Kebudayaan Tradisional Melayu. Selain daripada mempelajari Bahasa Melayu, kedua-dua aspek ini juga sangat penting untuk memastikan kita tidak lupa daratan. Fenomena yang dapat dilihat ialah ramai remaja zaman sekarang yang menganggap bahasa menunjukkan bangsa itu hanya sebagai kata-kata kosong yang tidak bermakna.

Tugas Cikgu ialah untuk mengikis segala persepsi yang memperkecilkan bahasa dan bangsa Melayu kerana terlalu banyak keindahan dan kepentingan yang boleh dipelajari dan dihayati melalui bahasa, kesenian dan juga kebudayaan kaum Melayu. Inilah peluang kamu untuk mengambil tahu dengan lebih mendalam lagi tentang latar belakang bangsa kamu.

Walaupun terdapat murid yang bukan berbangsa Melayu di kelas ini, tiada salahnya jika kamu juga menumpukan perhatian, kerana bahasa yang kamu pelajari ini mempunyai latar dan rangkaian yang sangat pelbagai, sudah pasti sekurang-kurangnya satu aspek akan menarik perhatian kamu. Dengan itu, mari kita mulakan pelajaran untuk hari ini! &:)

Apakah yang perlu kamu lakukan?

1) Taip http://blogger.com

2) Gunakan username: mastan.shakirah@gmail.com, password: Class2e1. Pilih 'New Post' dan tunggu arahan seterusnya.

3) Buka lagi satu lelaman dan taip http://google.com

4) Tontonlah video yang disediakan, perhatikan perisian di dalam video, dan juga arahan untuk tugasan kamu pada penutup video.

Terima Kasih!

Cikgu Shakirah.

No comments:

Post a Comment